Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama > Galeri > Teluk Berantai

Teluk Berantai


Sepintas Lalu

Teluk berantai motif unggul dalam tenunan songket Melayu. Dari sekuntum bunga-bunga yang bertabur, motif ini menjadi satu rekacorak yang harmoni apabila disambungkan dengan tenunan seperti petak-petak yang merantaikan di antara sekuntum bunga dengan bunga yang lain. Teluk berantai lambang keakraban dan penyatuan rumpun Melayu dalam penghasilan seni warisan yang berkekalan sehingga hari ini. Galeri Teluk Berantai mempamerkan kekayaan, kehalusan dan keindahan koleksi warisan Melayu seperti tekatan, kelingkan, kain tenun, kain limar, songket, kain limar songket tenggarung, kain telepuk, kain berayat dan pelbagai jenis busana.

Koleksi Pilihan

Kain Limar Berayat Kain Limar Songket Tenggarung Tikar Mancar Tikar Cior Tekat Gubah Tikar Mancar Tanjak Limar Bersongket kain Limar Berayat Limar Tenggarung Baju Kelingkan Baju Kurung Limar songket