Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama > Galeri > Ratna Sari

Ratna Sari


Sepintas Lalu

Ratna ialah pelbagai jenis intan, cempaka dan mutu manikam. Sari ialah pati dan isi bahagian yang amat penting lazimnya disebut sebagai saripati. Ratna Sari ialah gelaran sesuai diberikan kepada sebuah koleksi terpilih barang kemas dari kreativiti seniman zaman silam. Kepakaran tukang-tukang Melayu, Cina dan India serta kreativiti kaum Orang Asli serta masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak telah menghasilkan barangan kemas yang dipakai dan diwarisi zaman berzaman oleh semua bangsa di negara ini. Galeri Ratna Sari memperagakan barang kemas dan perhiasan diri pelbagai etnik di Malaysia daripada bahan emas, perak, tembaga, manik dan tumbuh-tumbuhan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Di antaranya ialah mahkota, pemeleh, cucuk sanggul, dokoh, pending, gelang tangan, caping, gelang kaki dan lain-lain.

Koleksi Pilihan

Celepa Pending Celepa Kasut Bertekat Tali Pinggang Gelang kaki Pending Rantai Manik Kasut Manik Perhiasan Baju Tiga Belas Kerongsang Cucuk Sanggul Lilimbo Ketapu Hiasan Kepala Dokoh Sikat Loket Terompah Senjata Cincin Emas Anting-anting