Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama > Soalan Lazim

Soalan Lazim



Cari

Pilih Soalan Anda

Senarai Jawapan

  • Bilakah Muzium Tekstil negara mula dibuka kepada orang awam?
    Muzium Tekstil Negara mula dibuka untuk kunjungan orang awam pada 9 Januari 2010

  • Berapakah harga tiket untuk melawat Muzium Tekstil Negara?
    Kemasukan ke Muzium Tekstil Negara adalah percuma. Tiada bayaran yang akan dikenakan.

  • Pukul berapakah Muzium Tekstil negara mula dibuka?
    Muzium Tekstil Negara mula dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari termasuk cuti umum. Muzium Tekstil Negara hanya akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari raya Aidiladha.

  • Di mana saya boleh dapatkan Borang Lawatan Berpandu?
    Borang lawatan berpandu boleh didapati dengan menghubung Pn. Asmah Abu Samah di talian 019-3667275 atau muat turun di bahagian Lawatan Berpandu.

  • Apakah Visi dan Objektif Muzium Tekstil Negara?
    Visi : Menuju ke arah permuziuman yang menyediakan pengalaman tersendiri dan menceriakan bagi pelawat yang mengunjungi muzium melalui keunggulan koleksi, pameran dan program cemerlang dari kakitangan yang professional. Objektif : Untuk membangunkan dan mempromosikan artifak dan khazanah negara.

  • Bagaimana untuk menghubungi Muzium Tekstil Negara?
    Muzium Tekstil Negara boleh dihubungi melalui telefon 03-2694 3457 dan fax 03-26943466

  • Terdapat berapa buah galeri di Muzium Tekstil Negara?
    Terdapat 4 galeri tetap dan sebuah galeri sementara

  • Apakah kemudahan lain yang terdapat di Muzium Tekstil Negara?
    Selain galeri turut terdapat Pusat Sumber yang menempatkan himpunan buku-buku dan majalah yang berkaitan Seni tekstil Malaysia dan Antarabangsa. Terdapat juga Kafeteria dan kedai cenderamata untuk pengunjung bersantai dan membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

  • Apakah aktivi yang berlangsung di Muzium tekstil Negara sepanjang tahun?
    Terdapat berbagai aktiviti berlangsung di sini. Antara aktiviti tersebut adalah aktiviti mewarna batik, aktiviti mencanting batik, aktiviti tenunan asas, bengkel tekstil, seminar, bicara tekstil dan juga persembahan berkaitan tekstil seperti pertunjukan fesyen dan teater.