Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama > Galeri > Pohon Budi

Pohon Budi


Sepintas Lalu

Pohon Budi dikenali juga sebagai Pohon Hayat atau Pohon Beringin. Di sini segalanya bermula sebagai pembuka panggung pentas kehidupan. Pohon Budi, pohon besar tempat berlindung menjadi perlambangan sejarah, hayat kehidupan dan tamadun yang dilalui ibarat sepohon pokok yang bermula dari benih dan membesar mengeluarkan hasil dalam bentuk rupa dan warna yang boleh dimanfaatkan. Galeri Pohon Budi mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan. Turut diperagakan adalah peralatan, bahan dan teknik tradisional pembuatan tekstil melalui proses tenunan, sulaman, membatik, tekatan, mengait serta hiasan manik dengan tumpuan kepada tekstil terunggul di negara ini seperti songket, pua kumbu, telepuk, tekatan, keringkam, linangkit, kain pis, hiasan manik dan batik.

Koleksi Pilihan

Baju Berayat Kain Patola Baju kulit kayu Gendang Dongson Pemukul kulit kayu