Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama > Pameran > Arkib Pameran

Arkib Pameran


Japan Handmade - Craft And Design From Kyoto
Tarikh: 10 Mei 2013 - 25 Mei 2013
Lokasi: Galeri Saindera

‘Jepun merupakan sebuah negara dengan kerja tangan yang bermutu tinggi’.

Satu petikan dari buku yang ditulis oleh Muneyoshi (Soetsu) Yanagi (1889-1961) merupakan seorang ahli falsafah agama dan daya penggerak Mingei (Kraf Rakyat) di Jepun. Lebih setengah abad telah berlalu sejak Yanagi
menulis kenyataan ini. Walaupun gaya hidup kita telah berubah secara
drastik, semangat dan teknik Monozukuri (kraf tangan) Jepun masih wujud dan telah diwarisi hingga ke hari ini.

Semangat Monozukuri  juga digunakan  dalam pembuatan produk industri yang memerlukan teknologi canggih, dan ia telah menjadi asas kepada rekaan bentuk di Jepun yang  memerlukan ciri-ciri  kesempurnaan dan usaha yang berterusan untuk penambahbaikan.

Dalam pameran ini diperagakan produk-produk yang dibuat  menggunakan  pelbagai bahan tempatan dalam setiap kawasan;  hasil kerjatangan dan
industri tradisional dari Kyoto, ibu kota lama Jepun, dimana  produk-produk berkualiti tinggi telah dihasilkan secara berterusan dalam sepanjang sejarah tradisinya.
 
Produk-produk terpilih ini dihasilkan dengan tangan oleh karyawan muda yang bersemangat dari Kyoto. Teknik-teknik yang cemerlang dan visi global mereka telah membawa mereka berkerjasama dengan pakar-pakar asing.

Bagaimana kita harus menggunakan kebijaksanaan warisan dan budaya  dalam kehidupan sekarang dan masa depan masyarakat kita?  
Pengusaha-pengusaha kraf yang kreatif dalam pameran ini yang telah
menerokai kemungkinan pelbagai penggunaannya di masa depan dan
menjadi inspirasi kepada pereka terkemuka di Jepun yang telah
mengintegrasikan tradisi dan teknologi dalam dimensi yang lebih luas.