Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama > Pameran

Pameran


Pameran Batik Sarung: Warisan Kini dan Selamanya
Tarikh: 23 Dis 2014 - 31 Mac 2015
Lokasi: Galeri Saindera Muzium Tekstil Negara

Pengenalan 

Asal batik daripada sehelai kain putih diterapkan garisan lilin dan dicorakkan dengan warna-warna pilihan. Kelangsungan hari menjadi minggu, minggu kepada bulan, bulan terus ke tahun dan seterusnya peredaran berlalu sehingga menjadi suatu warisan. Sempena menyambut karnival tekstil, muzium ini telah mengadakan satu pameran yang menarik bertajuk Pameran Batik Sarung: Warisan Kini dan Selamanya sebagai santapan umum.

 

Pameran ini memperagakan koleksi batik mengikut rekaan pembatik melalui penjenamaan dan penggunaan teknik yang silih berganti dengan teknologi mengikut peredaran masa. Ia dikaitkan dengan permintaan dan kesan budaya ke atas pengumpulan koleksi batik sarung yang kian pupus. Kesedaran dan semangat cintakan warisan dengan usaha untuk meningkatkan martabat batik sarung di kalangan masyarakat terutama pengusaha, penyelidik, pengumpul, pendidik dan pencinta seni supaya warisan ini berada pada tahap yang lebih tinggi. Semoga usaha sebegini dapat membuka minda masyarakat untuk memakai, mengguna dan mempraktikkan semula pengunaan batik sarung supaya amalan pada masa silam menjadi suatu kebiasaan. Para pengkarya dan pengusaha batik sarung mampu memenuhi permintaan pasaran dengan wujudnya nama-nama istimewa pada batik sarung yang berkisarkan kepada peristiwa.

 

Pameran Batik Sarung: Warisan Kini dan Selamanya merupakan suatu inspirasi kepada Muzium Tekstil Negara untuk memupuk semangat generasi muda agar kembali meneruskan adat dan seni budaya pemakaian batik sarung supaya warisan ini kekal selama-lamanya.