Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama >


PAMERAN BIRU
Tarikh: 01 Ogos 2012 - 09 Sep 2012
Lokasi: Galeri Saindera

TEKSTIL BERTONASI BIRU

Persepsi manusia tentang warna adalah satu pengalaman deria yang kompleks yang ditapis melalui mata, otak, bahasa, dan pengalaman sosial.  Warna cerah biasanya mempercepatkan denyutan nadi dan meninggikan tekanan darah, manakala warna biru memberi kesan yang menenangkan dan secara amnya
diterima sebagai warna yang aman dan menyegarkan.
 
Biru meneroka penciptaan dan makna warna biru pada tekstil
yang dihasilkan melalui teknik shibori, sutera saring dan batik, dengan penekanan khusus kepada penggunaan pewarna biru
untuk mencapai karya-karya seni. Pameran ini memiliki 43 helai tekstil biru sebagai hiasan dinding dan rekacorak berseni dalam bentuk helai kain dengan ukuran 3 ke 4 meter panjang.

Pameran ini merupakan kerjasama antara Institut Seni Lukis Malaysia dan Muzium Tekstil Negara.