Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Muzium Tekstil Negara

Tahukah Anda?

Anda berada di: Laman Utama >


Bengkel TEKAT GUBAH
Tarikh: 16 Mac 2013
Lokasi: Bilik Teater . Aras Bawah

PENGENALAN
Tekatan telah mula dibawa oleh pedagang luar khususnya orang China dan berkembang ke alam Melayu terutama di Sumatera dan Indonesia sejak kurun ke-17.  Tekatan digunakan sebagai hiasan pada pakaian, tempat tidur, kerusi, meja dan lain-lain. Bagi orang-orang Negeri Sembilan dan Melaka, bilik tidur yang dihiasi dengan hasil seni tekat menjadi kebanggaan mereka sejak dahulu, khususnya yang dihasilkan menggunakan tekat gubah.
Orang Peranakan Cina dan Melayu masih aktif menyulam tekat gubah. Tekatan ini menggunakan logam emas dan perak
sebagai benang atau benang yang berwarna untuk menghasilkan corak pada kain. Selalunya manik, labuci atau bahan-bahan hiasan yang lain akan diletakkan pada corak untuk menambahkan seri sulaman.

MEMEPERKENALKAN ARIFF D’ TANJUNG
Muhamad Syarif bin Othman telah berkecimpung di dalam dunia mengandam selama 8 tahun dan kepakaran beliau dalam mendandan pengantin. Beliau juga mahir membuat kelingkan, tekat gubah dan tekstil telepuk. Beliau pernah menjadi pakar rujuk untuk ikatan samping dan dandanan sanggul lintang khusus untuk pengantin.